Sokongan Klik KLik

Jom Layanzzz Klik

Thursday, September 2, 2010

PeRmAiNaN TrAdiSiOnAl - GaSiNg LePeR

Pada suatu masa dahulu terdapat pelbagai jenis permainan tradisional yang menjadi permainan bagi setiap masyarakat setempat. Permainan Gasing Leper adalah amat tersohor hanya di sesetengah tempat dan dalam kajian saya adalah meliputi kawasan Kuala Terengganu iaitu kawasan Kuala Nerus. Saya sebagai anak jati negeri Terengganu yang merupakan anak kelahiran dari kawasan Kuala Terengganu serta berasal dari Kampung Jeram Tepoh ini juga telah terdedah dengan permainan tersebut kerana ia melibatkan saya serta penduduk kampung sebagai pemain ataupun penonton.

Kampung jeram Tepoh juga dikenali sebagai Kampung Jeram Machang Setahun merupakan perkampungan yang berada di luar bandar Kuala Terengganu yang pada suatu masa dahulunya sangat terkenal dengan permainan-permainan tradisional seperti sepak raga, lumba perahu panjang, pencat silat dan termasuklah gasing leper.

Gasing Leper adalah sangat berbeza berbanding dengan gasing-gasing yang lain kerana berdasarkan kepada saiz fizikalnya yang agak besar, bulat dan yang pasti mestilah berbentuk leper. Gasing tersebut diperbuat daripada bermacam-macam jenis kayu seperti Meranti, Cengal Merbau dan Keranji. Kayu-kayu yang hendak dibuat gasing tersebut mestilah mempunyai kepadatan serta kekuatan dalam ketahanan kayu itu sendiri. Sebagai contoh kayu Merbau adalah merupakan kayu yang keras tetapi liat, mudah dilarik dan tidak mudah pecah atau tersepih.

Pada permulaan pembuatan ialah dari sebongkah kayu yang akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki serta akan dikeringkan terlebih dahulu selama lebih kurang tiga minggu. Selepas itu, bongkah kayu tersebut akan dimesin dengan mengunakan mesin tradisional dan dibantu dengan peralatan pertukangan yang lain seperti pahat, tukul dan lain-lain. Setelah bentuk gasing sudah terbantuk, gasing tersebut akan digosok menggunakan kertas pasir supaya ianya akan kelihatan lebih menarik.

Selepas itu langkah seteruskanya ialah gasing tersebut akan dilengkapi dengan pertahanan iaitu diletakkan timah yang berbentuk bulat dan panjang di sekeliling bahagian bawah gasing tersebut (bahagian patak). Bahagian bawah sekali yang berbentuk tirus itu pula akan diletakkan paku yang tumpul di tengah-tengah pusat bulatan sebagai tapak (paksi) untuk gasing tersebut akan berdiri dengan tegap apabila ia berputar. Gasing tersebut akan diimbangi dengan timah-timah tersebut.

Selain daripada gasing tersebut, peralatan lain juga perlu dalam permainan gasing leper ini seperti tali gasing dan penyodok . Tali gasing tersebut digunakan untuk melilit gasing tersebut sebelum dibuang@dipusingkan dengan berdasarkan kepada beberapa teknik tertentu kerana dengan mengikuti cara-cara yang betul akan menjadikan gasing tersebut akan berpusing dengan baik.

Cara permainan ini dimainkan adalah seakan-akan sama dengan permainan gasing-gasing yang lain tetapi yang menjadi kelainanya ialah selepas gasing tersebut dipusingkan akan dicedok dengan penyodok dan akan dipindahkan ke atas pinggang kaca yang diletakkan sedikit minyak bagi melicinkan pusingan tersebut. Kebiasaannya permainan ini dimainkan dalam dua kategori iaitu pemusingan bebas dan pemusingan memangkah.

Selepas gasing tersebut dipusingkan sendirian atau dipusingkan dan dipangkah oleh pihak lawan sekiranya gasing tersebut masih berpusing akan diambil dengan menggunakan penyodok gasing dan diletakkan ditempat yang telah dikhaskan.Pengiraan pemenang bagi permainan ini adalah berdasarkan kepada selama mana masa yang diambil bagi sesuatu gasing setelah dipusingkan sehingga gasing tersebut akan berhenti berpusing.


Berikut adalah hasil kerja tangan salah seorang tokoh gasing leper yang agak terkenal di kampung Jeram Tepoh ini dengan bakat dan kebolehan beliau bermain serta membuat gasing iaitu Allahyarham Hj Ismail Bin Ali yang merupakan ayah saya.....











No comments:

Post a Comment